ISSUES IN MATH
....SELAMAT DATANG ^_^....
Tuesday, May 19, 2015
Saturday, May 16, 2015
SELAMAT HARI GURU
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog kami ^_^
"Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"
16 Mei 2015 bersamaan sambutan hari guru yang sama dengan israk mikraj bagi tahun ini.
Tapi untuk entry kali ini saya ingin mencoretkan sedikit ucapan bersempena Hari Guru. Tema hari guru saban tahun bertukar dan pelbagai tema telah digunakan. Namun sajak karya Usman Awang tetap menjadi sajak terindah apabila ingin mengenang jasa seseorang insan yang bergelar guru.
Sajak yang telah lama ditulis tapi masih kuat penangannya sehingga kini. Insan bergelar guru adalah seorang insan yang sangat dihormati sejak dahulu lagi dan jasa seorang guru tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Jika kita hitung ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru yang pernah mendidik kita sejak kecil pasti ianya tidak terhitung. Oleh itu, di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik dan "terima kasih cikgu". Semoga kami juga dapat menjadi guru yang berjaya seperti cikgu suatu hari nanti. InsyaAllah..
~Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak~
Subscribe to:
Posts (Atom)